Welcome

Permulaan Cinta Monyet

Assalammualaikum

Ehh title Amai tu pasal apa ? Puppy love? Okey actually hati amai telah dicuri oleh insan yang tidak pernah terfikir akan jadi boyfriend yang tahan lama , tak karat. Aku tidaklah serahkan hati hundredpercent dkt piptypipty *nombor amai. kepercayaan dekat dia 88.88% kenapa tidak hundredpercent tunggu dia jadi suami I lah baru dapat dalam entry amai kalini. Amai akan cerita dari start jumpa dia , tegur dia dan semualah. macam mana amai boleh tahan dengan dia sampai sekarang semuanya akan amai cerita disini. So guys keep reading 😍

Aku kenal dia sejak umur aku 12 tahun. Sebab kami sama-sama ambik tuition English d PTC. Tapi masa tu dia tidak kenal aku pun. Tapi aku kenal dia ya *Gedik~ HAHAHAHA .. So guys aku dah lama kenal boyfriend aku tu ya. Syarul masa tu kecik lagi aku lagilah dari dulu sampai sekarang kecil. Syarul aku jatuh cinta pada namanya 😂😂  Aku skodeng dia sampai tengok dia balik. HAHAHAHA gediknya I . Memang aku suka dia ya . bukan cintalah minat begitu sahaja. Tapi dia memang hensem (puji boyfie sendiri ke?) Tidak kesahlah pandangan orang tapi pandangan I memang dia hensem.

Dulu syarul sekolah di Sk Bubul bila dia Sekolah menengah dia masuk sekolah agama. Jauhnya kan. Tapi ada satu kawan rapat dia ini aku gelar dia 'Jejaka A' lah. Jejaka A ini kawan baik syarul tapi jejaka A ini yang balik-balik kejar aku *perasan! HAHAHA jejaka A ini kejar I masa d FB masa tu kitaorang baru form 1 kut. Tapi masa form 1 tu aku lupa akan kewujudan si Syarul ini sudah sebab aku tak tahulah tak minat bercinta buk. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~   Okey masuk Form 4 bf aku ne pindah ke tempat aku bersekolah. Entah itu hari keberapa dia sekolah tapi dia pindah terus tanya "si Izzah" aku ada sahabat nama Izzah juga jadi aku dengan sahabat aku yang lain jumpalah dia tapi rupanya bukan Izzah sahabat aku tu, Izzah budak Sains. Ohh ya masa form 4&5 amai ambik accounting. Sambung Cerr 💭  Dari situ aku nampak Syarul balik tapi hati aku dah jadi milik orang masa tu. Jadi pedulilah dia. Lagipun aku ada kawan yang minat beno dengan Syarul ne. Takkanlah I nak sakitkan hati kawan I sendiri. So I tak pandang pun Syarul ini. 

Naik tingkatan 5. Tahun struggle tu ya, kami SPM jadi parents I hantar I tuisyen. Dalam minggu kedua I tuisyen. Aku tidak perasan ya rupanya Syarul tuisyen sama juga. Tapi dia duduk dengan kawannya yang kawan aku juga jadi aku perasan kawan aku tu aku tidak perasan dia tapi sebab aku tahu dia rapat hati aku kuat mengatakan dia duduk dibelakang aku masa tu. Pada suatu petang tu aku ke tuisyen Bapak aku hantar memang lambat sebab my dad memang super duper busy man. Jadi datang tuisyen terus masuk kelas tanpa toleh aku terus duduk ditempat biasa aku duduk (berdasarkan penceritaan syarul) Dia tanya siapa aku dekat kawan aku kawannya Jejaka B juga tu. Tapi jejaka B ini memang tahu aku sudah ada yang punya sebab dia pun pernah cuba tackle I jadi dia bagitahu syarul yang aku ini sudah ada yang punya. Tapi syarul ini memang keras kepala ya sampai sekarang. Jadi dia tunggu aku ditangga. Aku memang rapat dengan Cg Tuisyen tu jadi aku lewat sikit turun tapi aku nak cepat-cepat sebab my Dad tunggu aku sudah. Syarul yang tengah berdiri di tangga direct minta number phone I (Amy minta number mu bah) HAHAHA aku pun cakap tiada-tiada serius ya memang aku tidak pegang phone masa tu kononnya mahu fokus. Tapii lepas aku cakap gitu dalam hati aku berkata (Betulkah syarul yang minta number ku tu? Syarul Azmin bah) . Pada keesokan harinya masa disekolah memang aku dengar sudah dari pondok diorang cakap (Woo Amy! Amy!) tapi aku memang jenis buat orang jadi angin so biarlah. Syarul tidak putus asa lagi minta nombor aku. tapi aku buat tidak tahu malas mahu layan.  HAHAHAHA ada satu hari tu kan aku dengan Izzah kena halau dari kelas bukan juga kena halau bah tu cuma Cikgu suruh kami makan di kantin jadi aku dengan Izzah keluarlah dari kelas. Masa keluar tu aku terserempak dengan Syarul . Masa tu kan . Syarul tengok aku dan aku pun tengoklah dia *dalam hati (hensemnyaaaa wehh) limpaskan lagi . Lepas dari kantin aku dengan Izzah balik ke kelas sebelum masuk kelas sempat lagi syarul minta nombor telefon I. Tapi aku cakap (kejap-kejap) dia pun pegilah kelas ambik kertas HAHAHAHA basi konon dia tunggu aku. sekali balik sekolah bapak lambat ambik aku jadi syarul and the geng limpas depan pondok tempat aku menunggu dengan beyoon. Rupanya diorang singgah dipondok tu dan syarul paksa lagi minta nombor aku. Lalu aku buat keputusan untuk minta nombornya. Sebelum aku pegy tuisyen aku pun textlah dia (Assalammualaikum ini aku si Amy) tapi dia tidak reply lagi. Sampai petang kh malam tidak silap . Baru dia reply. berdasarkan cerita syarulSyarul inikan guys memang jenis direct ya padahal baru jaa kami bechat.

Dia tanya aku dulu kalau aku single kh? Aku pun cakap ya single kenapa? terus dia ajak aku couple !!!!!!!!! awalnya aku mahu tolak mahu uji dia dulu tapi dia macam putus asa terus. Sebab aku memang suka dia aku tidak mahu lepaskan dia. Jadi aku pun terus terima dia. Sama-sama happy dia cakap dia macam tidak percaya dapat aku Happylah dia. Tapi aku sebenarnya dua hati. Ada penyesalan dan takut tapi happy jugalah. Keesokan harinya aku terus cerita dekat sahabat aku yang kami couple tapi kawan aku marah aku sebab kawan aku yang satu orang tu masih suka dia. Dan aku pun kecewa patah hati . dan beplan mau break syarul bila sampai rumah. Masa aku pegy kantin dengan geng aku. Aku terserempak dengan syarul. Aku nampak dia senyum dekat aku *aih melting. Sampai jaa di rumah aku ambik phone text syarul yang aku nak break dia pun tanya kenapa? aku pun dengan kecewa anggap dia tipu aku sebab tidak kasih tahu aku yang dia pernah couple dengan kawan aku maka memang mana pernah dia couple dengan kawan aku tu. Dia tidak mahu kami break. Lepastu aku tanya dia . Kalau dia pernahkah couple dengan budak dpa dia cakap tidak pernah . okeylah dimaafkan. 

okeylah panjang umur I sambung cerita I kbye.

ASSALAMMUALAIKUM